Wednesday 21 October 2020

Kuala Lumpur Kini Zon Merah??

Kuala Lumpur , 21 Oktober 2020

Situasi terkini kes Covid -19 di Kuala Lumpur membimbangkan apabila berikutan kawasan Titiwangsa telah mencapai lebih 41 kes hari ni. Berdasarkan maklumat dari CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia jumlah tertinggi dicatatkan di Titiwangsa sebanyak 43 kes , Cheras 35 kes, Lembah Pantai 30 kes dan kepong 11 kes dengan jumlah keseluruhan kes di Kuala Lumpur sebanyak 119 kes.

    sumber : FB KKM 

Berdasarkan Laporan di laman Media Sosial Kementerian Kesihatan Malaysia  bagi negeri-negeri Lembah Klang melaporkan 148 kes termasuk 8 kes import. 

Daripada 116 kes di Selangor, 49 kes adalah dari kluster-kluster sedia ada, 8 dari Kluster Cahaya, 2 Kluster Bah Kota dan 1 Kluster Long. 

20 kes yang dilaporkan di Kuala Lumpur pula termasuklah 6 dari Kluster Melati dan 3 dari Kluster Long.

Putrajaya pula melaporkan 6 kes. Kesemua kes adalah dari kluster-kluster sedia ada.

Kementerian Kesihatan Malaysia ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat - nasihat ini sebagai kebiasaan baharu dalam kehidupan seharian   - KKM 

No comments:

Post a Comment

Situasi Terburuk Amaran Dr Noor Hisham

25 Mei 2021 Kuala Lumpur. :  Lonjakan kes semakin menganas Dr Noor Hisham beri amaran dan meminta bersedia menghadapi gelombang covid 19 di ...