Monday 26 October 2020

PKPB Di Kuala Lumpur ,Selangor dan Putrajaya Dilanjutkan

26 Oktober 2020 , Isnin 

Susulan risiko jangkitan di ketiga-tiga kawasan di Lembah Klang Kementerian melanjutkan lagi tempoh Perintah Kawalan Pengerakan Bersyarat 14 hari lagi mulai 27 Oktober 2020 sehingga 9 November 2020 di seluruh Kuala Lumpur , Selangor dan Putrajaya. Lanjutan ini diambil kira penilaian dari Kementerian Kesihatan Malaysia risiko kebolehan jangkitan di ketiga-tiga kawasan tersebut dengan SOP dijalankan seperti biasa. 
- Menteri Kanan (Keselamatan)

Foto : MKN 

Sebelum ini kerajaan melaksanakan PKPB di ketiga-tiga tempat ini disebabkan faktor kemunculan kes-kes baharu serta peningkatan kes di kawasan terus meningkat. 

Orang ramai dinasihatkan sentiasa berjaga-jaga dan berdisiplin serta perlu mengikut SOP yang ditetapkan sepanjang tempoh PKPB. 

Thursday 22 October 2020

Gambaran Sebenar Zon Merah , Kuning Dan Hijau Di Kuala Lumpur

Jumaat , 23 Oktober 2020

Berikutan kebimbangan rakyat di Lembah Klang khususnya di Kuala Lumpur mengenai peningkatan kes covid-19 KKM telah mengeluarkan gambar rajah peta terkini bagi mengelakkan keliruan.

Berdasarkan gambar rajah tersebut merupakan pecahan terperinci bagi kes baharu yang dilaporkan di Kuala Lumpur. 

    Sumber FB KKM 

Hanya Titiwangsa yang berada di zon merah, manakala Cheras, Lembah Pantai dan Kepong berada di zon kuning. 

Semalam, Kuala Lumpur mencatat 23 kes baharu termasuk 2 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi. 2 kes ini tidak dimasukkan ke dalam pecahan kerana ia berada di bawah kategori import B iaitu merentasi negeri - KKM 

Walaupun sesetengah kawasan dikategori sebagai zon hijau orang ramai dinasihatkan sentiasa waspada dan mengikuti segala sop yang ditetapkan oleh kerajaan. 

Wednesday 21 October 2020

Kuala Lumpur Kini Zon Merah??

Kuala Lumpur , 21 Oktober 2020

Situasi terkini kes Covid -19 di Kuala Lumpur membimbangkan apabila berikutan kawasan Titiwangsa telah mencapai lebih 41 kes hari ni. Berdasarkan maklumat dari CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia jumlah tertinggi dicatatkan di Titiwangsa sebanyak 43 kes , Cheras 35 kes, Lembah Pantai 30 kes dan kepong 11 kes dengan jumlah keseluruhan kes di Kuala Lumpur sebanyak 119 kes.

    sumber : FB KKM 

Berdasarkan Laporan di laman Media Sosial Kementerian Kesihatan Malaysia  bagi negeri-negeri Lembah Klang melaporkan 148 kes termasuk 8 kes import. 

Daripada 116 kes di Selangor, 49 kes adalah dari kluster-kluster sedia ada, 8 dari Kluster Cahaya, 2 Kluster Bah Kota dan 1 Kluster Long. 

20 kes yang dilaporkan di Kuala Lumpur pula termasuklah 6 dari Kluster Melati dan 3 dari Kluster Long.

Putrajaya pula melaporkan 6 kes. Kesemua kes adalah dari kluster-kluster sedia ada.

Kementerian Kesihatan Malaysia ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat - nasihat ini sebagai kebiasaan baharu dalam kehidupan seharian   - KKM 

Situasi Terburuk Amaran Dr Noor Hisham

25 Mei 2021 Kuala Lumpur. :  Lonjakan kes semakin menganas Dr Noor Hisham beri amaran dan meminta bersedia menghadapi gelombang covid 19 di ...