Tuesday 25 May 2021

Situasi Terburuk Amaran Dr Noor Hisham

25 Mei 2021 Kuala Lumpur. : 

Lonjakan kes semakin menganas Dr Noor Hisham beri amaran dan meminta bersedia menghadapi gelombang covid 19 di negara ini bakal mencatat situasi terburuk.
Tolong lah kami untuk terus tinggal dirumah. Kita boleh memutuskan rantaian jika kita bersama-sama melakukannya menerusi status di laman Twitter milik beliau. 

Negara terus mencatatkan kes tertinggi pada hari ni dengan mencatatkan jumlah kes sebanyak 7289.

Jangkitan Terus Menganas Sebanyak 7289 Kes Dilaporkan

25 Mei 2021 Kuala Lumpur :

Jumlah kes covid 19 di negara ini terus mencatat angka tertinggi sebanyak 7289 kes Hari ini 
Selangor terus mendahului dengan mencatat 2642 kes manakala 664 di johor manakala kuala lumpur 604 kes.

Berikut Jumlah Pecaha kes COVID-19 yang dilaporkan mengikut Negeri. 

Pecahan setiap negeri:
Selangor : 2,642 kes
Sabah : 266 kes
Johor : 664 kes
WPKL : 604 kes
Sarawak : 513 kes
Pulau Pinang : 380 kes
Negeri Sembilan : 410 kes
Kelantan : 425 kes
Perak : 218 kes
Kedah : 336 kes
Melaka : 258 kes
Pahang : 211 kes
Terengganu : 268 kes
WP Labuan : 63 kes
WP Putrajaya : 23 kes
Perlis : 8 kes

Faktor Kecuaian LRT bertembung

25 Mei 2021 KUALA Lumpur : 

Nahas Tren yang berlaku semalam adalah disebabkan kecuaian. Siasatan awal didapati tren dipandu secara manual dipandu secara salah memyebab kan tren tersebut bertembung dengan tren yang ada penumpang.
Berdasarkan kejadian semalam Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata kesemua tren dipandu secara automatik namum satu tren dipandu secara manual kerana mengalami kerosakan untuk dibawa ke depoh di stesen gombak. 

Katanya dalam Siasatan awal pemandu yang membawa tren tersebut dipandu secara salah menyebabkan berlakunya pertembungan.

Pihak Prasarana sudah membuat laporan polis dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk terus  menyiasat sekiranya ada berlaku unsur jenayah. 

Bagi pihak kementerian kes disiasat secara teknikal dan akan membuat penambahbaikan katanya.

Pengerusi Prasarana Dato Seri Tajuddin Abdul Rahman turut memgumunkan bantuan pampasan sebanyak RM1000 pada setiap mangsa terlibat. 

Monday 24 May 2021

TERKINI : Tren LRT Kelana Jaya Bertembung

24 Mei 2021 Kuala Lumpur | TERKINI : Tren LRT Kelana Jaya Line mengalami  brek mengejut sehingga berlakumya pelanggaran pada pukul 8.45 malam tadi. Kejadian berlaku diantara Stesen Kampung Baru dan Stesen KLCC ke arah Stesen Gombak.
Dipahamkan seramai 166 cedera manakala 47 parah dan semua mangsa sudah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital lain2 berdekatan. 

Situasi Terburuk Amaran Dr Noor Hisham

25 Mei 2021 Kuala Lumpur. :  Lonjakan kes semakin menganas Dr Noor Hisham beri amaran dan meminta bersedia menghadapi gelombang covid 19 di ...